Wednesday, December 30, 2009

PENGALAMAN MENJALANI PROGRAM PENDIDIKAN LUAR DI KEM RAUDHAH,P.PANGKOR

Semalam baru berakhir kelas dengan program Pendidikan Luar yag diadakan di Kem Raudhan ,Pulau Pangkor bersama dengan rakan-rakan Guru Pelatih Prasekolah KDPM KDC 06/07 IPG KAMPUS TUANKU BAINUN seramai 75 orang.
Berbagai aktiviti yang diadakan mencabar keberanian dan kesabaran sepanjang menjalani latihan.
Seronok...kepuasan yang tidak terhingga...dan pengalaman yang amat berharga.Jalinan kemesraan bersama kawan -kawan betul-betul terjalin erat,sebelum ini sekadar senyuman bertukar bila bersua muka,semasa menjalani latihan ...kerjasama berkumpulan amat memuaskan.Masing-masing saling melengkapi tanpa sebarang sungutan.
Tahniah semua....dan terima kasih tidak terhingga buat barisan tenaga pengajar (Pensyarah Unit Pendidikan PJ) Encik Othman,En Elyas dan isteri,Puan Rohaya,TuanHj Faisal dan anaknda Muhamad Nazwan Mustafa dan anaknda Ummi Kalthum Ismail.

Sunday, November 8, 2009

TIP MENAMBAH REZAKI

Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan?

Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t.

Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahu a’lam.