Sunday, January 23, 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Friedrich Wilhelm Froebel (1782–1852) Bapa Kindegarten telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan untuk awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau berpendapat kanak-kanak mengembangkan keunikan diri mereka melalui bermain. Froebel juga berpendapat bermain adalah aktiviti yang suci dan berunsurkan kerohanian. Ia memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia mereka. Pada peringkat di awal kanak-kanak ini bermain bukanlah aktiviti remeh temeh tetapi sesuatu yang serius dan mempunyai signifikan yang mendalam ke atas perkembangan psikologi kanak-kanak. Kertas kerja ini akan meninjau tujuan bermain di dalam pendidikan prasekolah, jenis-jenis bermain yang dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan sejauh mana aktiviti belajar sambil bermain ini menyerlahkan personaliti di dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment